Ahad, 10 April 2011

Beginikah takdirku..

Pagi yang indah kurasa suram,
Kurasa tiada lagi cahaya yang menerangi hidupku,
Cinta yang kuharapkan akan kembali,
Ternyata tidak,
Dia meninggalkan diriku,
Dan membiar diriku sendiri,
Kini aku sepi tanpa cinta,
Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaanku,
Kuubati hati ini dengan tangisan,
Tiba-tiba mataku berpinar dan pening teramat sangat,
Lalu kurebah ke lantai,
Dan aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu,

Dengan hati yang tenang,
Doktor mengatakan bahawa diriku harus segera dibedah,
Kerna penyakitku telah mula merebak,
Aku pasrah mendengarnya,
Ku berdoa agar Tuhan menabahkan hatiku yang lemah ini,
Kerna diriku hanya insan yang lemah,

Oh Tuhan,
Ketahuilah hambaMU ini sangat mencintai dirinya,
Seandai diriku diberi peluang hidup,
Inginku katakan padanya bahawa aku sangat mencintai dirinya,
Tapi apakan daya,
Keberanian diriku terlalu tipis,
Seandainya tidak,
jodohkanlah dirinya untukku di syurga Mu nanti,

Kalaulah begini takdirku,
Ku redha menerimanya,
Ku berdoa agar umurku panjang,
Agar diriku dapat menunggu dirinya,
Jikalau tidak,
Akan ku tunggu dirinya disyurga.

“PERCAYALAH SAYANG HANYA DIRIMU SAHAJA YANG KUTUNGGU
TIDAK SESAAT PUN DIRIKU MELUPAKAN DIRIMU”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.